-: PELABURAN :-

Thursday, November 6, 2008

Pelaburan Sistem Pawah

Jadual pelaburan dibuat adalah bagi pengiraan keuntungan untuk program pawah jangka pendek. Jadual pelaburan ini membolehkan anda menganggarkan keuntungan anda mengikut jumlah pembelian asas ternakan. Anggaran keuntungan adalah berdasarkan hasil yang ideal, dengan syarat-syarat berikut:

1. Kesemua induk asas adalah betina.

2. Kesemua anak yang dilahirkan adalah betina,

3. Setiap induk melahirkan anak betina untuk setiap kelahiran (anggaran kelahiran normal adalah setiap 8 bulan).

4. Setiap kelahiran anak adalah hak milik bersama peserta dan Jempolfarm mengikut syarat PAWAH.

5. Umur maksimum ternakan yang boleh dipawah adalah 3 tahun. Selepas itu, ternakan akan dipulangkan kepada peserta. Pemulangan bermaksud, pihak Jempolfarm tidak akan menjaga ternakan tersebut lagi. Dalam kes ini, pemilik mempunyai pilihan menjualnya kepada kami, mengorbankannya dalam bentuk akikah, menjualnya kepada pihak lain atau menyambung semula pawahan tetapi kos makanan sebanyak RM30 sebulan ditangung oleh peserta selama maner kambing itu berada di dalam jagaan Jempolfarm.

6. Sekiranya hasil ternakan layak dizakatkan, maka Jempolfarm akan memberi khidmat nasihat jumlah zakat ternakan yang perlu dibayar oleh peserta.

7. Jempolfarm tidak menjanjikan nilai hasil pelaburan yang terpapar di dalam jadual pelaburan seperti di bawah. Keuntungan di bawah hanyalah jika syarat-syarat ideal di atas dipenuhi.

8. Pihak Jempolfarm hanya menunjukkan potensi keuntungan maksimum yang boleh diperoleh.

9. Jika ternakan anda mencecah 4 tahun, pihak Jempolfarm akan memulangkan ternakan tersebut kepada anda, atau menukarnya kepada tunai yang setara melalui penjualan.

Berikut adalah contoh anggaran pengiraan pulangan ternakan anda:

Tempoh bilangan musim kelahiran yang anda ingin kira: X musim. (1 musim kelahiran normal = 8 bulan).

Musim

Bulan

Induk

Anak Betina

Kambing Matang

(4 thn)

Nilai Kambing Matang (RM)

Nilai Ternakan (RM)

1

8

1

1

0

0

600

2

16

2

2

0

0

1200

3

24

4

4

0

0

2400

4

32

8

8

0

0

4800

5

40

16

15

1

600

9600

(Nota: Harga seekor anak kambing (6 Bulan) dengan anggaran RM600. Ia bakal bergantung 100% kepada harga pasaran.)

Modal anda: RM 1500 (Kekal menjadi 100% milik pemawah)
Tempoh pelaburan: 3 tahun 4 bulan
Hasil pelaburan bersama (peserta & Jempolfarm): RM9600
Bahagian penternak (Pembahagian 50:50): RM 4800
Bahagian peserta (Pembahagian 50:50): RM 4800
Peratus keuntungan: 320% (3 tahun)
Purata keuntungan: 106% (1 tahun)

Pilihan bagi kambing matang :

a) Boleh disembelih dan daging dijual pada harga pasaran Cth RM18/kg. (selalunya melebihi 35kg)

b) Boleh dijual hidup pada harga melebihi kambing tempatan RM600 hingga RM800.

c) Boleh digunakan untuk sembelihan atau Aqiqah.

Nota: Jumlah pelaburan di atas adalah jumlah keseluruhan nilai wang yang anda peroleh daripada penjualan ternakan matang, tidak termasuk nilai zakat ternakan. Secara keseluruhan, keuntungan ternakan akan bertambah sebanyak sekali ganda setiap musim.


Pelaburan Sistem Kontrak

PRODUK BARU!!!

Sistem ini diperkenalkan bagi membolehkan para penternak bbaik yang sedia ada mahupun yang mahu berkecimpung tetapi tiada masa untuk menguruskan kandang.

Pelabur/ Penternak hanya perlu membeli/menyediakan kambing baka BOER untuk dikontrakkan di Jempolfarm, manakala pihak kami menyediakan ruang, makanan, perubatan dan memastikan pembiakan serta penjagaan rapi. Anda hanya perlu membayar setiap bulan sebanyak RM40 sahaja bg setiap ekor yang dikontrakkan.

Sebaik-baiknya semua baka yang bakal dikontrak dibeli dari pihak Jempolfarm bagi memastikan tiada penyakit berjangkit serta kualiti BOER terjamin. Semua rekod setiap BOER yang dikontrak di simpan dan dikemaskini bg tujuan rujukan kepada pelabur.

Tidak seperti Sistem pawah, kesemua hasil dari Sistem Kontrak serta induk adalah milik pelabur kerana pihak Jempolfarm hanya sebagai tempat transit (hotel) untuk ternakan anda. Tiada had untuk kontrak bergantung kepada keyakinan anda kepada kami.

(Harga Kambing Baka Boer mengikut harga pasaran)

Terima kasih